F Penyanyi Popular Dituduh Laku Serangan Seksual, Mangsa Tunjuk Bukti Seluar Dalam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penyanyi Popular Dituduh Laku Serangan Seksual, Mangsa Tunjuk Bukti Seluar Dalam

Semalam, kecoh ekoran berita bintang popular Hallyu, Park Yoo Chun, 30, terlibat dengan dengan isu didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita berusia 20-an.

Laporan media menyebut, penyanyi dan pelakon itu melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Miss Lee, berusia 24 tahun dan merupakan pekerja di sebuah pusat hiburan dan bar.

Dikatakan, teman lelaki wanita itu sendiri yang membuat laporan polis mewakili kekasihnya.

Cik Lee mendakwa Yoochun  yang juga merupakan anggota kumpulan terkenal, JYJ, datang ke bar berkenaan pada 3 Jun lalu sebagai pelanggan. Kemudian selebriti itu melakukan serangan seksual terhadapnya ketika dia sedang berada dalam tandas.

Sebagai bukti, Miss Lee telah menyerahkan sehelai seluar dalam dan pakaian yang dipakainya pada hari tersebut, kepada pihak polis sebagai bukti.

Pihak polis memaklumkan, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terlihat pergerakan seorang lelaki mirip Yoochun yang terakam dalam kejadian itu. Namun selepas meneliti keterangan, polis memaklumkan memanggil YooChun untuk disoal siasat.

Sementara itu, dalam satu kenyataan rasmi oleh agensi bintang itu iaitu C-Jes Entertainment menegaskan bahawa dakwaan dan laporan polis yang dibuat oleh wanita terbabit adalah palsu. Dakwaan tersebut disifatkan sebagai berniat semata-mata hanya mahukan wang.

"Kami tidak akan bertolak ansur kepada ugutan yang berniat jahat dan motif sengaja mahu merosakkan nama baik dan imej selebriti kami," kata wakil agensi tersebut.

"Park Yoochun akan memberi kerjasama dan keterangan dan menyerahkan semuanya siasatan kepada pihak polis. Kebenaran pasti akan didedahkan tidak lama lagi.

Agensi itu juga menyatakan bahawa YooChun belum menerima waran daripada pihak polis. Agensi juga meminta pihak media agar tidak membuat laporan spekulasi yang boleh menjejaskan nama baik YooChun sehingga siasatan selesai.

Powered by Blogger.