F Penyanyi Hip Hop Mengaku Memandu Dalam Keadaan Mabuk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penyanyi Hip Hop Mengaku Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Penyanyi Hip Hop, Verbal Jint, baru-baru ini mengaku secara terbuka bahawa lesen memandunya digantung selepas didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pengakuan tersebut dibuat menerusi laman sosial Instagram miliknya, pada 19 Jun lalu. Penyanyi berusia 35 tahun ini menulis,

"Hello. Saya memohon maaf kerana menyampaikan berita buruk.

"Saya mahu mengaku bahawa empat hari yang lalu, saya telah ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di kawasan kejiranan saya dan kepekatan alkohol dalam darah saya sebanyak 0.067 peratus. Lesen saya digantung selama 100 hari.

"Saya tidak mempunyai niat untuk memberikan sebarang alasan kerana saya memang bersalah, dan saya amat menyesal dengan tindakan saya.

"Saya percaya perkara ini adalah sesuatu yang tidak boleh disembunyikan, walau bagaimanapun pengakuan ini membuatkan saya berasa malu dan kesal.

Sekali lagi, saya memohon maaf kerana telah melakukan sesuatu yang mengcewakan diri saya sendiri. "

Laporan menyebut, penyanyi yang pernah berkolabrasi dengan Taeyoon meneusi lagu I ini telah ditahan pihak polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di Daerah Mapo, Seoul pada kira-kira jam 10 malam, pada 16 Jun lalu.
Powered by Blogger.