F Penyampai Berita Tak Sengaja Tertunjuk Seluar Dalam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penyampai Berita Tak Sengaja Tertunjuk Seluar Dalam

Nama penyampai berita saluran sukan, Fox News, yang dikenali sebagai Alina Moine, baru-baru ini menjadi bualan hangat netizens. Semuanya gara-gara wanita berasal dari Argentina itu tidak sengaja menayangkan seluar dalamnya ketika sedang menyampaikan berita.

Insiden memalukan itu berlaku ketika Moine yang mengenakan gaun berpotongan pendek berwarna hitam sedang rancak menyampaikan informasi dan memperkatakan tentang Sukan Olimpik 2016 yang akan berlangsung di Rio De Janeiro.

Tiba-tiba tanpa sengaja, jai jemarinya tersangkut pada hujung gaunnya membuatkan gaun itu terselak lalu menampakkan seluar dalamnya.

Namun sebagai seorang profesional, kejadian malang itu tidak membuat Moine canggung dan panik. Malah dia dengan tenang meneruskan penyampaiannya bersama rakan setugas, Maxi Palma yang juga dilihat langsung tidak terganggu dengan 'adegan' itu.

Video insiden itu dimuat naik di laman YouTube dan menajdi viral. Sehingga kini video berkenaan sudah Beberapa orang yang merekam kejadian itu memposting ulang momen di mana gaun hitam Moine tersingkap. Bahkan segera setelah diposting online, sudah lebih dari 350 ribu kali ditonton.

Salah seorang netizens memberikan komen, "Apa yang peliknya, program ini adalah siaran rakaman, bukan live. Tapi kenapa mereka tidak memotong adegan insiden gaun ini?".


Powered by Blogger.