F PEMINAT BERTOLAK-TOLAK MAHU BERGAMBAR DENGAN KHAI BAHAR | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

PEMINAT BERTOLAK-TOLAK MAHU BERGAMBAR DENGAN KHAI BAHAR

Penyanyi, Khai Bahar menganggap digilai ramai peminat daripada kalangan wanita dan lelaki itu merupakan satu perkara yang positif buat dirinya, meskipun ada yang memberikan komen negatif kononnya Khai mahu disanjung dan dipuja.

"Ok benda seperti ini sebenarnya di luar jangkaan, saya tak mengharap atau apa pun untuk disukai ramai orang. Tapi, ada juga yang mengatakan peminat seolah-olah menyanjung ataupun menyembah diri saya. Bagi saya, mereka sekadar menyokong karier nyanyian saya, tambah pula mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik. Semua orang tak sama, masing-masing punyai pendapat atau pandangan yang berbeza-beza," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.


Diajukan persoalan adakah Khai pernah menerima mesej-mesej berbaur lucah atau apapun yang negatif, jelas Khai, tidak lagi.

"Mengenai hal itu saya belum menerima sebarang mesej lucah ataupun perkara-perkara yang tidak baik. Sama juga semasa saya membuat persembahan nyanyian di mana-mana, belum pernah ada yang cuba untuk mengambil kesempatan atas diri saya. Mereka lebih sekadar mahu bergambar sehinggakan pernah ada yang bertolak-tolak dalam keadaan orang ramai," terang Khai teruja kerana melihat peminat yang sanggup bersesak semata-mata untuk bergambar dengannya.


Ketika ini pengikut Khai di laman sosial Instagramnya sudah pun hampir mencecah 296 ribu pengikut. Manakala di akaun Facebook, 260 ribu pengikut.
Powered by Blogger.