F Pemandu Uber dikepung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pemandu Uber dikepung

Polis menerima satu laporan dari pemandu teksi berhubung kejadian pertengkaran membabitkan pemandu teksi dan uber malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, sehingga semalam polis belum terima laporan  dari pemandu Uber.

“Kita sudah mengambil keterangan dari enam pemandu Uber selepas kejadian itu bagi membantu siasatan kes pertengkaran itu. Namun mereka dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita akan memanggil beberapa orang lagi termasuk pemandu teksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, sekurang-kurangnya 30 pemandu teksi mengepung pemandu Uber di Jalan Lebuh Pantai kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Uber berkenaan.

Difahamkan, pemandu Uber cuba mengambil penumpang di kawasan Pelabuhan Pulau Pinang sehingga menjejaskan pendapatan pemandu teksi di situ.

Pertengkaran mulut itu menjadi tegang selepas pemandu teksi mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu Uber yang dikepung.

Namun keadaan dapat dikawal tanpa berlaku pergaduhan selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.
Powered by Blogger.