F Pedofilia mengaku rogol kanak-kanak Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pedofilia mengaku rogol kanak-kanak Malaysia

Seorang ‎pedofilia‎ mengaku melakukan serangan seksual ke atas bayi seawal usia enam bulan, beberapa daripadanya berasal dari keluarga miskin di Malaysia.

Richard Huckle, 30, didakwa turut mengambil gambar dan ‎rakaman‎ video terhadap tindakan tidak bermoral itu lalu memuat naik ke web haram.

Huckle, menghadapi 91 tuduhan termasuk melakukan serangan terhadap 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur, ketika dia bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris.

Memetik laporan AFP, penyiasat mendapati lebih 20,000 imej tidak senonoh pada komputer tertuduh, manakala Huckle juga menyimpan buku lejer senarai serangannya dan menulis manualnya sebagai: “Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide”.

Huckle muncul buat kali pertama di mahkamah London untuk pendakwaan pada Rabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan antara tahun 2006 dan 2014 terhadap mangsa yang berusia enam bulan hingga 12 tahun.

Pendakwa Brian O'Neill berkata, tertuduh sering mengambil gambar kanak-kanak dan meletakkannya di atas talian.

"Imej penderaan kanak-kanak itu dapat dikongsi dengan pedofilia lain dan  menjadi subjek pengagihan yang tidak terkawal di seluruh dunia," kata O'Neill.

Huckle ditahan di lapangan terbang London Gatwick pada  Disember 2014 selepas pulang dari Malaysia untuk menyambut Krismas.

Dia pada mulanya menafikan semua 91 tuduhan, tetapi kemudian mengakui 71 daripadanya semasa perbicaraan selanjut.

Dakwaan yang dikenakan terhadap lelaki itu termasuk 14 tuduhan rogol dan 31 serangan seksual.

Hakim Peter Rook berkata, beliau sedang mempertimbangkan hukuman penjara seumur hidup dalam kes itu, yang katanya ia adalah salah satu perbuatan 'luar biasa'.
Powered by Blogger.