F Pedofilia: Bagaimana polis Australia bongkar kes | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pedofilia: Bagaimana polis Australia bongkar kes

Penemuan satu perkataan sapaan dan tompok pada jari telah membawa penangkapan Richard Huckle, pedofilia‎ yang mengaku melakukan serangan seksual ke atas bayi seawal usia enam bulan termasuklah dari keluarga miskin di Malaysia.

Polis di Australia dan Eropah menyedari kewujudan laman web pedopilia yang digelar Love Zone tersembunyi yang dipanggil laman web gelap.

Memetik BBC, laman web itu dilindungi kata laluan, penyulitan dan perisian pakar dan kesemua penggunanya adalah tidak bernama.

Imej serta video yang terdapat di dalamnya amat membimbangkan dan menunjukkan 'penderaan' kepada bayi dan kanak-kanak.

Ahli perlu menghantar material grafik untuk kekal dalam laman ini yang mempunyai berpuluh ribu akaun.

Pegawai yang terbabit Task Force Argos di Australia sedar akan kewujudan laman web ini melalui penemuan satu perkataan sapaan iaitu 'hiyas'.

Selepas siasatan di laman chatroom dan forum terbuka di internet, mereka menemui satu laman Facebook milik seorang lelaki yang menggunakan perkataan sapaan yang sama.

Walaupun laman Facebook itu adalah palsu, mereka dapat mengenal pasti gambar sebuah kenderaan yang membawa penemuan seorang lelaki yang bernama Shannon McCoole iaitu seorang pekerja penjagaan kanak-kanak di Adelaide.

Ketika pihak berkuasa menyerbunya, lelaki iu sedang mengakses laman web tersebut.

Pihak berkuasa mengambil gambar tangan McCoole dan salah satu tompok pada jarinya berpadanan dengan satu gambar penderaan seksual kanak-kanak yang terdapat dalam laman web itu.

Pasukan Task Force Argos kemudiannya menggunakan identiti McCoole untuk mengambil alih pengurusan laman web tersebut

McCoole telah dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun tahun lalu.

Para pegawai juga mendapati terdapat seorang pengguna laman itu yang menonjol iaitu Huckle berdasarkan akses kepada jumlah kanak-kanak yang diperolehinya dan kerana sikapnya yang agresif.

Dengan menggunakan data yang didapati daripada laman web dan maklumat yang dimuatnaiknya di media sosial dan laman internet terbuka yang lain, mereka mengenal pasti identiti Huckle dan lokasi tempat tinggalnya.

Menyedari Huckle kembali ke United Kingdom sempena cuti Krismas pada 2014, polis Austraila berkerjasama dengan Agensi Jenayah Kebangsaan Britain.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Gatwick, dia ditahan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Eksploitasi Kanak-kanak dan bahagian Perlindungan Dalam Talian NCA.

Dalam komputer dan cakera kerasnya yang disulitkan, terdapat puluhan ribu gambar dan video lucah kanak-kanak.
Powered by Blogger.