F Parodi Iklan Samsung Versi Keluarga Anwar Ibrahim Viral | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Parodi Iklan Samsung Versi Keluarga Anwar Ibrahim Viral

Baru-baru ini, syarikat alat telekomunikasi Samsung mengeluarkan iklan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri memaparkan elemen kekeluargaan menerusi perbualan sebuah keluarga di aplikasi Whatsapp.

Walaubagaimanapun beberapa hari lepas, sebuah video parodi iklan tersebut mula mengambil tempat di media sosial mempamerkan 'gelagat' keluarga bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual bersama keluarganya.

Dalam video tersebut Anwar digelar sebagai 'Papa' sementara isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim digelar 'Mama' dan anaknya Nurul Izzah Anwar dinamakan sebagai 'Adik'.

Turut sama 'berlakon' adalah Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang memegang watak sebagai Lapuji.

Adegan bermula dengan Mama (Wan Azizah) mula memuat naik sekeping gambar beliau memegang sehelai tudung ke group Whatsapp 'Parti Keluarga Rapat' dan mula berbual bersama Adik (Nurul Izzah) yang kemudiannya disertai Lapuji (Rafizi).

Babak tersebut diteruskan dengan Mama memuatnaik video kompilasi gambar Papa (Anwar Ibrahim) yang kebanyakannya menunjukkan detik bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adik dan Mama kemudiannya mula memarahi Lapuji ekoran tidak berpuas hati dengan pembentukan Langkah Kajang yang menjadi punca Papa dimasukkan ke penjara.

Ikuti kisah selanjutnya menerusi video dibawah.


Powered by Blogger.