Berita Terkini
recent

Paranoid Diserang Kanser, Jupe Kerap Buat Pemeriksaan Darah

Mungkin ramai tidak tahu, selebriti kontroversi Indonesia, Julia Perez (Jupe) pernah menderita selama lima tahun akibat mengidap kanser. Namun berkat perjuangannya melawan penyakit tersebut, Jupe akhirnya disahkan sudah bebas dari kanser. Tapi bukan bererti kini dia boleh bernafas lega.

Jupe memberitahu sehingga sekarang dia masih melakukan pemeriksaan darah setiap dua minggu sekali. Selain itu beberapa bulan lalu dia turut melakukan pemeriksaan tumor.

"Ternyata tidak ada lagi. Tapi saya tetap buat pemeriksaan darah setiap dua minggu sekali," kata Jupe seperti yang dilaporkan KapanLagi.com

Dalam pada itu Jupe mengakui dia berasa paranoid apabila mengenang semula saat dirinya bertarung melawan kanser. Oleh karena itu, sekarang dia melakukan pelbagai langkah pencegahan.

"Saya tidak mahu lagi tiba-tiba saya tahu yang saya ada kanser, kerana itu saya ambil langkah pencegahan. Kalau secara peribadi, saya memang ada bajet sendiri untuk kesihatan. Saya sudah berhenti pergi ke kelab malam dan berhenti merokok," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.