F Ozil tak dapat berpuasa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ozil tak dapat berpuasa

PERANCANG tengah Jerman, Mesut Ozil terpaksa melupakan ibadah puasa tahun ini kerana mewakili negaranya dalam kejohanan Euro 2016.

Ozil ketika ditemu ramah sebuah stesen televisyen Jerman berkata, cuaca panas selain latihan intensif untuk persediaan skuad Die Mannschaft itu menyukarkan dia untuk berpuasa.

“Cuaca terlalu panas dan saya perlu menjalani sesi latihan dan perlawanan yang diadakan pada waktu siang. Kerana itulah, tidak mungkin saya boleh berpuasa,” katanya.

Euro 2016 akan bermula 10 Jun sehingga 10 Julai manakala Ramadan jatuh pada 6 Jun ini.

Ozil juga tidak dapat berpuasa pada 2014 yang lalu kerana mewakili Jerman dalam Piala Dunia di Brazil.

Dewan Muslim Jerman (Central Council of Muslims) pada 2010 mengeluarkan fatwa yang membolehkan atlet profesional Jerman tidak berpuasa di bulan Ramadan dan menggantinya pada hari lain.
Powered by Blogger.