F 'Orang Ketiga' Hadir Dalam Hidup Ronnie & Isteri Selepas 9 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Orang Ketiga' Hadir Dalam Hidup Ronnie & Isteri Selepas 9 Tahun

Doa dan penantian penyanyi Ronnie Hussein selama sembilan tahun mahu menimang zuriat akhirnya termakbul apabila isterinya Hafizah Yahya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 14 Mei lalu sekaligus menjadi penyeri dalam rumahtangganya.

Menurut Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussien, 34, dia dan isterinya sangat gembira kerana saat-saat yang mereka impikan jadi kenyataan. Tambah bersyukur, bayi yang diberi nama Raisya Umairah itu dilahirkan dua minggu sebelum menjelang Ramadan.

"Bulan puasa tahun ini rutin saya banyak bertukar kerana isteri saya baru bersalin. Jadi saya banyak meluangkan masa bersama anak dan isteri. Saya masakan dan bantu isteri saya jaga anak kami.

"Selepas sembilan tahun kami menanti baru tahun ini kami dapat rezeki yang besar seorang anak perempuan, syukur. Keseronokan tu tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Setiap pasangan suami isteri tentunya saat-saat ini yang sentiasa dinanti-nantikan.

"Sejak ada baby ni, saya banyak juga lah belajar cara mengurus dan menjaga dia. Paling ketara, waktu tidur saya pun berubah sebab anak saya selalu berjaga malam. Saya bergilir-gilir dengan isteri saya," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Indigital, baru-baru ini.

Berkongsi lagi mengenai pengalaman bergelar bapa, Ronnie berkata dia bagaimanapun tidak berasa terlalu kekok kerana cepat belajar bagaimana menguruskan bayi.

Dalam pada itu penyanyi yang popular dengan lagu Dikoyak Waktu ini mendedahkan dia sebenranya ada mengambil seorang anak angkat Nor Eliana Farhana yang kini berusia sembilan tahun.

"Mula-mula saja kekok sikit lagi-lagi cara nak tukarkan pampers tapi sekarang saya sudah biasa sebab sudah buat berkali-kali.

"Sebenarnya saya ada seorang anak angkat yang saya jaga sejak usianya empat tahun. Walaupun sekarang saya sudah ada anak sendiri tapi saya tetap bahagikan kasih saya sama rata.

"Menjelang raya ni, persiapan saya sudah buat dari awal. Saya sudah belikan baju anak-anak saya dan sedia segala keperluan kerana tak mahu nanti kelam kabut di saat akhir," katanya yang turut menyatakan sambutan rayanya tahun ini tambah meriah dengan kehadiran 'orang baru' dalam keluarganya.

Mengenai perkembangan kerjaya pula, selepas hari raya Aidilfitri nanti Ronnie akan kembali menumpukan sepenuh perhatian kepada projek solonya dan bakal muncul dengan single terbaharu.

Disamping itu dia akan kembali menguruskan restorannya yang terletak di Skudai, Johor.

"Saya memang berulang alik Kuala Lumpur-Johor Bahru kerana saya ada buka restoran di sana sejak lima tahun lalu. Tapi cuma bulan Ramadan ini restoran saya tidak beroperasi tetapi biasanya saya akan berniaga di bazaar Ramadan.

"Untuk kerjaya nyanyian, selepas taya ini saya kan fokus dengan projek solo saya dan InsyaAllah ada release single baharu," katanya.
Powered by Blogger.