F Nurul Kongsi Rasa Bahagia, Rai Ulang Tahun Keempat Perkahwinan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nurul Kongsi Rasa Bahagia, Rai Ulang Tahun Keempat Perkahwinan

Semalam, genap empat tahun bahtera rumah tangga yang dibina penyanyi Nurul Wahab bersama suami tercinta, Eric Daniel Depp.

Tambah bermakna, pasangan suami isteri ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka semalam yang juga merupakan 1 Ramadan.

Sempena hari istimewa tersebut, penyanyi yang hits dengan lagu Kerana Terluka itu berkongsi kenangan manis detik bergelar isteri dengan memuat turun gambar pernikahan mereka selain meluahkan kesyukuran menerusi perkongsian di laman Instagram.

"Alhamdulillah...satu perjalanan yang cukup indah dan hebat bersama lelaki yang satu ini, paling dicintai. Dengannya saya tahu hidup ini akan bertambah baik serta menjadi lebih bersyukur.

"Saya bersyukur memiliki lelaki yang banyak membuka mata saya dalam banyak hal dan perkara. Dia menunjukkan banyak nilai positif. Dialah tenaga, keyakinan dan segala-galanya.

"Terima kasih sayang untuk segala-galanya. Selamat ulang tahun keempat perkahwinan kita. Saya sayang kamu," katanya

Hasil perkahwinan mereka, kedua-duanya dikurniakan Zachary Depp, 3, dan Raphael Depp, 17 bulan. Sebelum ini Nurul mempunyai anak perempuan daripada perkahwinan pertama, Ayu Nazirah, 18.
Powered by Blogger.