Berita Terkini
recent

Ninja Turtles kembali!

SELEPAS kejayaan Teenage Mutant Ninja Turtles (2014), Nickelodeon Movies, Platinum Dunes, Gama Entertainment, Mednick Productions dan Smithrowe Entertainment kembali dengan sekuel filem berkenaan, Teenage Mutant Ninja Turtles: Out Of The Shadows.

Masih mengekalkan empat tunjang utama Pete Ploszek (meminjamkan suara untuk karakter Leonardo), Alan Ritchson (Raphael), Noel Fisher (Michelangelo) dan Jeremy Howard (Donatello).

Filem ini juga turut mengekalkan Megan Fox sebagai April O’Neil, Will Arnett (Vern Fenwick) dan William Fichtner (Eric Sacks).

Bagaimanapun sekuel kali ini menyaksikan Dave Green diberi kepercayaan selaku pengarah, di samping muka baharu Stephen Amell (Casey Jones), Tohoru Masamune (The Shredder), Minae Noji (Karai) dan ramai lagi.

Mengambil latar belakang di New York, filem yang menjanjikan aksi seni mempertahankan diri hebat ini menyaksikan misi dan musuh baharu yang perlu dihadapi oleh Ninja Turtles.

Berjayakah Green mengulangi kejayaan filem terdahulu, jangan lupa menonton filem ini di pawagam.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.