F Nikah 16 Julai Depan, Ezzaty & Azwan Selektif Soal Tajaan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nikah 16 Julai Depan, Ezzaty & Azwan Selektif Soal Tajaan

Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos sepakat memilih tarikh 16 Julai depan bagi melangsungkan majlis perkahwinan mereka yang akan diadaka di Bentong Pahang.

Acara akad nikah akad diadakan pada sebelah pagi disusuli dengan persandingan. Keesokannya, satu majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur.

Memetik laporan BH online, Ezzaty memberitahu, persiapan untuk majlis tersebut hampir 100 peratus siap. Cuma ada beberapa masalah kecil seperti urusan kad kahwin dan baju kahwin yang masih diuruskan.

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan ramai pihak mahu menaja perkahwinan mereka.

"Kami selektif dalam hal ini, tak mahu dan rasa tak seronok jika semuanya ditaja. Memang ada penaja tapi bukan 100 peratus. Kami pun kena fikir kos yang mereka akan keluarkan. Ada tajaan itu yang kami bayar separuh. Macam baju kahwin, kawan Azwan sendiri iaitu Arief Shah yang akan sediakan," katanya.

Pasangan ini juga sempat mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan di sebuah pulau di Melaka, baru-baru ini.

"Untuk majlis di Sabah sebelah Azwan masih dalam perbincangan. Ibu Azwan mahu merealisasikannya. "Saya pun sebenarnya teringin nak mengenakan busana suku kaum Bajau untuk majlis kahwin kami nanti," katanya.
Powered by Blogger.