F Nicolas Cage & Alice Kim Akhirnya Becerai Selepas 11 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nicolas Cage & Alice Kim Akhirnya Becerai Selepas 11 Tahun

Berita mengejutkan dari dunia Hollywood apabila pasangan Nicolas Cage, 52, dan Alice Kim dilaporkan sudah tidak lagi bersama sebagai suami isteri.

Tambah memeranjatkan peminat apabila wakil jurucakap mereka memaklumkan, Nicolas dan Alice sudah bercerai sejak Januari lalu.

Bagaimanapun sehingga ke saat ini masih belum diketahui punca keretakan rumah tangga yang sudah dibina selama 11 tahun itu. Baik Nicolas mahupun Alice masing-masing belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perceraian mereka.

Terdahulu, Nicolas dan Alice bertemu buat kali pertama di sebuah restoran di Los Angeles iaitu merupakan tempat Alice bekerja. Kemudian pada Februari 2004, Nicolas dan Alice menjalinkan hubungan cinta.

Tidak lama kemudia bekas pasangan suami isteri dengan jarak usia 30 tahun ini bertunangan dua bulan setelah berpacaran. Kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin di tahun yang sama iaitu pada bulan Agustus.

Hasil perkahwinan, Nicolas dan Alice dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Kal-El Coppola Cage yang berusia setahun.
Powered by Blogger.