F Nafi Bernikah, Zainol MacWilson Dianggap Penakut, Penipu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nafi Bernikah, Zainol MacWilson Dianggap Penakut, Penipu

Selepas beberapa jam Zainol MacWilson membuat penafian mengenai khabar beliau telah melangsungkan pernikahan dengan seorang wanita pada 19 Jun lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Rizal mendedahkan bahawa berita tentang pernikahan pelakon tersebut adalah benar.

Memetik laporan mStar online, Rizal, 45, yang juga merupakan bekas suami wanita yang dikaitkan dengan aktor itu memberitahu pasangan berkenaan melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu di Kangar, Perlis namun enggan mendedahkan secara terperinci lokasi sebenar pernikahan mereka dilakukan.

Malah Rizal mengesahkan wanita dalam gambar yang tersebar luas di laman sosial dan blog itu adalah bekas isterinya.

"Benar... wanita dalam gambar berkenaan adalah bekas isteri saya dan mereka telah pun berkahwin pada Ahad lalu di kawasan kampung ini juga.

"Saya dapat tahu pun daripada penduduk kampung lain dan cerita mengenai pernikahan mereka cepat tersebar.

"Kenyataan Zainol menafikan perkahwinan tersebut menunjukkan dia seorang penakut untuk mengakui kebenaran tetapi sampai bila dia ingin menipu?" tegasnya yang bercerai dengan bekas isteri pada Januari lalu dan mengakui perpisahan tersebut ada kaitan dengan Zainol.

Terdahulu, laporan media menyebut bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson itu menyangkal dakwaan dia sudah bernikah dan meminta masyarakat tidak percaya dengan gambar yang tersebar di Internet itu.

Kata Zainol, berkenaan adalah salah satu babak dilakonkannya dalam drama Dia Semanis Honey edisi Hari Raya yang akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun pengarah drama berkenaan, Hadith Omar, menyangkal dakwaan itu kerana Zainol tidak terlibat dalam sebarang adegan perkahwinan sebagaimana didakwa.
Powered by Blogger.