F Nabila Huda Paksa Suami Cuti Sebulan, Tak Sabar Kelilingi Amerika Selatan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nabila Huda Paksa Suami Cuti Sebulan, Tak Sabar Kelilingi Amerika Selatan

Meskipun sudah kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri sejak enam bulan lalu, namun keinginan aktres Nabila Huda mengembara mengelilingi dunia masih menjadi antara salah satu agenda wajib dalam rutin tahunannya.

Kalau selama ini wanita yang lebih mesra disapa dengan panggilan Abil ini seringkali mengembara sendiri, namun tahun ini berbeza kerana suaminya, Mohd Izwan sedia menemani.

Menurut Abil, dia sudah membuat perancangan menjelajah beberapa negara di Amerika Selatan sekaligus menjadikan percutian kali ini sebagai percutiaan bulan madu mereka.

"Sejak kahwin, kami belum ada masa lagi pergi honeymoon. InsyaAllah bulan Oktober nanti saya dan suami akan bercuti dan saya pilih Amerika Selatan. Tak sabar rasanya nak pergi lagipun saya dah suruh suami minta cuti sebulan, tinggalkan restoran dan kerja dia sekejap.

"Suami saya sebenarnya bukanlah seorang yang adventure sangat dan jarang bercuti panjang. Tapi kali ini saya beritahu dia, kita honeymoon cara yang sempoi, backpack, 'roadtrip', lawati tempat-tempat yang unik.

"Sekarang ni saya masih lagi mengatur rancangaan, mengkaji serba sedikit mengenai negara-negara yang kami akan lawati nanti. Saya pilih negara yang tak memerlukan visa sebab lagi mudah. Kami akan mulakan dengan Chile, Argentina, Paraguay, Panama, Costa Rica dan Peru. Saya memang teringin sangat nak ke Machu Picchu.

"Walaupun sibuk dengan kerja, tapi dalam setahun tu sebolehnya saya tetap akan cari masa lakukan aktiviti mengembara. Saya bukanlah orang yang banyak duit yang bila-bila masa boleh pergi bercuti ke luar negara. Sebaliknya, saya kerja dulu misalnya enam bulan kumpul duit kemudian baru habiskan duit pergi mengembara (gelak)," katanya ketika ditemui pada majlis Prebiu Media Syukur Selalu Syawal TV3 & TV9, bertempat di hotel JW Marriot, KL, pada Khamis.

Nabila, 32, mendirikan rumah tangga dengan pengurus restoran, Mohd Izwan Johar, 34, pada 25 Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan terdahulu, Nabila mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia enam tahun.

Sementara itu berkongsi mengenai bulan Ramadan, Nabila berkata kesempatan dapat meluangkan banyak masa di umah membuatkan dia seronok lebih-lebih lagi kerana setiap hari dia akan memasak untuk suami dan anaknya.

"Hari-hari saya mesti masak untuk berbuka dan juga bersahur, seronok tengok anak dan suami menikmati masakan saya. Kalau waktu sahur, seawal jam 4.30 pagi saya sudah bangun untuk memasak.

"Beruntung dapat suami yang pemakan, saya juga suka makan sampaikan berat badan saya pun sudah naik 6 kilogram sekarang.  Sebelum ini berat saya 54kg. Alhamdullilah, bahagia orang kata," tuturnya sambil tersenyum.

Mengenai perkembangan karier, di sebelah malam sepanjang bulan Ramadan ini Nabila sibuk dengan latihan Teater Lela Manja ysang akan dipentaskan di Istana Budaya mula 22 Julai hingga 31 Julai.

Selain itu dia akan muncul menerusi program Perang Bibir yang akan ditayangkan di saluran TV9, pada hari pertama Aidilfitri nanti.
Powered by Blogger.