F Nabila Huda jaga hati keluarga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nabila Huda jaga hati keluarga

JIKA sebelum ini nama aktres berusia 32 tahun ini sering dikaitkan dengan kontroversi, namun kebelakangan ini tidak lagi.

Gembira dengan perubahan itu, Nabila Huda memberitahu, dia kini sedang fokus kepada keluarga dan kerjaya sahaja.

"Saya tidak mahu lagi dengan perkara yang boleh mengecewakan mereka terutamanya ayah saya (Amy Search).

"Lagipun, hubungan kami pernah renggang dahulu sebab sikap saya, jadi saya harap, apa yang berlaku kini dan akan datang menjadi lebih baik," katanya.

Baharu sahaja mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, ibu kepada Keisha Laila, (6 tahun), menjelaskan, akan lebih berhati-hati dengan setiap tindakannya.

"Apa yang pernah berlaku dalam kehidupan saya, saya ambil sebagai pengajaran.

"Saya sudah memulakan kehidupan baharu sejak bergelar isteri, sudah tentu saya mahu perkahwinan dibina bahagia dan tidak terganggu dengan kisah-kisah sebelum ini," katanya.

Pelakon filem Munafik ini berkata, dia kini lebih selesa menghabiskan masa menguruskan rumah tangga dan hanya berada di rumah jika tidak terlibat sebarang dengan sebarang kerja.

"Kalau tidak ada urusan penting, saya tidak akan keluar rumah. Masa saya sangat berharga untuk keluarga.

"Apapun, saya seronok dengan kehidupan sebegini," katanya turut menjaga hati keluarga mertuanya.

Berkongsi mengenai cahaya mata pula, kata Nabila, dia hanya berserah kepada rezeki.

"Saya tidak kisah jika dikurniakan awal atau lambat. Saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

"Bagaimanapun, saya masih menikmati momen-momen indah berbulan madu," katanya.

Mengenai perkembangan terbarunya, Nabila bakal muncul menerusi  teater Lela Manja yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 22 Julai depan.

Lela Manja karya adaptasi filem klasik Melayu pernah diarah Jamil Sulong pada 1960.

Selain Nabila, ia turut dijayakan Aeril Zafrel, Rashdan Baba, Shahronizam Noor, Hafidz Roshdi, Jay Iswazir dan Syazwan Zulkifly.
Powered by Blogger.