F Muzik video pencuri hati ditonton hampir 400 ribu Ayda Jebat teruja | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Muzik video pencuri hati ditonton hampir 400 ribu Ayda Jebat teruja

Walaupun perjalanan karier pelakon dan penyanyi Ayda Jebat di dalam industri hiburan sedikit sebanyak terpalit dengan beberapa gosip cinta dengan pelakon Zul Arifin dan penyampai radio Era FM, Radin, namun perkara itu bukanlah menjadi satu penghalang buat Ayda untuk menyerlah dalam arena seni.

"Mencatatkan rekod hampir 400 ribu tontonan dalam masa dua hari membuatkan saya benar-benar teruja sangat. Sebenarnya saya tidak begitu menyangka yang muzik video lagu Pencuri Hati akan meraih tonton sebanyak dan secepat itu.



"Jadi saya ucapkan terima kasih banyak kepada semua yang sudah tengok dan yang dah berikan respon, tak kisahlah samada komen positif mahupun negatif. Yang penting saya sudah cukup berpuas hati kerana dalam proses pembikinan muzik video ini kami telah lalui saat suka dan duka terutamanya semasa proses editing.

"Jika diikutkan muzik video ini sudah seminggu melepasi tarikh deadline, sebab editing agak lama. Saya tidak mahu keluarkan benda yang tidak puas hati dan saya duduk semula dan berbincang dengan apa yang saya nak, maka terhasillah.

"Muzik video ini hadiah buat semua peminat saya, saya tak mampu nak balas, jadi dengan cara ini sajalah saya mampu hadiahkan kepada semua peminat yang tidak putus-putus membantu perkembangan karier saya," ujarnya kepada Media Hiburan.

Tahniah Kakigosip ucapkan kepada pelakon dan penyanyi popular iaitu Ayda Jebat dan teamnya.
Powered by Blogger.