F 'Misconduct' Lakonan Anthony Hopkins, Al Pacino Filem Paling Teruk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Misconduct' Lakonan Anthony Hopkins, Al Pacino Filem Paling Teruk

Filem terbaru yang dibintangi Anthony Hopkins dan Al Pacino berjudul 'Misconduct' disebut-sebut sebagai karya paling teruk.

Karya terbitan produksi Lionsgate itu memperoleh banyak ulasan negatif sejak ianya ditayangkan hanya di pawagam-pawagam terpilih sekitar Februari lalu.

Memetik laporan Variety, meskipun teraju utamnya merupakan dua pelakon yang pernah meraih anugerh Oscar namun filem yang juga dijayakan oleh Josh Duhamel tidak mampu mencapai tahap pecah panggung.

Menelan kos 11juta USD, 'Misconduct' hanya mampu mengutip 15ribu USD ketika tayang perdana di Amerika. Manakala di United Kingdom pula, filem arahan Shintaro Shimosawa ini 'tenggelam' dan hanya mampu mengutip $141 USD daripada tayangan di lima tempat terpilih negara tersebut.

Pelbagai kritikan dilontarkan pada film tersebut. Beberapa komen secara menyebut 'Misconduct' menjadi produk gagal dari sebuah karya film yang pernah ada.

Cerita 'Misconduct' berkisar seorang lelaki lakonan Josh Duhamel yang terjebak dalam persaingan di antara dua perusahaan yang diketuai oleh Anthony Hopkins dan Al Pacino.

Film ini akan ditayangkan di beberapa negara lain di Eropah. Di antaranya Itali pada 15 Jun ini, manakala di Perancis pada Ogos depan, dan Portugal pada September depan.
Powered by Blogger.