F Minta Seks Sebagai Pertukaran Tiket EXO? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Minta Seks Sebagai Pertukaran Tiket EXO?

Sudah menjadi perkara biasa setiap kali tiket bakal muncul dengan konsert, kumpulan terkenal EXO kekal konsisten memecah rekod jualan tiket laris baik dari pembelian di tiket kaunter mahupun menerusi pembelian talian laman sesawang.

Malah, sebilangan peminat sedaya upaya berusaha pelbagai cara mendapatkan tiket demi menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka itu.

Salah satu cara ialah dengan membeli daripada pihak kedua yang mana mereka menjual semula tiket yang dibeli walaupun ada ketikanya peminat terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal dan kadang-kadang tak masuk akal berbanding harga asal tiket tersebut.

Namun baru-baru ini peminat dikejutkan dengan berita, ada penjual yang didakwa mengambil kesempatan dengan perbuatan keji kepada peminat yang ingin membeli tiket.

Tidak cukup dengan mengenakan harga tiket yang mahal, pihak tersebut dikatakan meminta seks daripada peminat sebagai pertukaran tiket EXO.

Berita tersebut sekaligus mengundang kemarahan bukan saja peminat EXO yang digelar sebagai EXO-L malah peminat umum.
Powered by Blogger.