F MIA AHMAD AJAK PEMINAT AMAL HIDUP SIHAT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

MIA AHMAD AJAK PEMINAT AMAL HIDUP SIHAT

Aktres terkenal Mia Ahmad, baru-baru ini telah dilantik sebagai wajah bagi kempen sebuah produk kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman.

Mia turut memberitahu bahawa kesihatan dalam kehidupan seharian sangat penting lebih-lebih lagi selalu menghabiskan masa di set penggambaran.

“Sebagai seorang selebriti, saya percaya bahawa menjaga kesihatan bukan sahaja salah satu kunci yang paling penting dalam memastikan bahawa saya kekal bertenaga terutamanya ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang, malah ia adalah asas kepada aktiviti intelektual yang dinamik dan kreatif serta penggalak kepada keyakinan dan kekuatan saya dalam menghadapi rutin harian saya yang sibuk.

“Memiliki makanan kesihatan tambahan  seperti tablet kunyah OLIcandy ini adalah satu kelegaan buat diri saya kerana ia mudah untuk dimakan, kaya dengan bahan-bahan organik semulajadi.

“Selama empat bulan kempen ini berlangsung dari bulan Mei hingga September 2016,  saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan juga mendapat inspirasi melalui semua perkongsian positif daripada wanita-wanita di luar sana dan mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita mampu menggalakkan lebih ramai orang untuk melakukan perkara yang sama iaitu mengamalkan cara hidup sihat, mencapai yang terbaik dalam hidup mereka, dan menjadi yang terbaik untuk diri mereka”, ujar Mia.

Kalau nak tahu Mia ini orangnya memang gemarkan gaya hidup sihat seperti bermain bola tampar dan bermain badminton. Patutlah kekal remaja.
Powered by Blogger.