F Merangkak Turun Katil Setelah Berpuasa Selama 23 Jam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Merangkak Turun Katil Setelah Berpuasa Selama 23 Jam

Selama 16 tahun bekerja sebagai pramugara, pelbagai pengalaman pahit manis telah dilalui Zarul Husin, 43, pasti menjadi antara yang perkara yang akan dirinduinya selepas bakal meninggalkan kerjaya itu tidak lama lagi.

Menurut vokalis kumpulan Umbrella ini, dia memberi tempoh masa sehingga akhir tahun ini sebelum betul-betul nekad dengan keputusan untuk kembali kepada dunia seni tanah air dan menyanyi sepenuh masa.

"Saya berhasrat mahu kembali kepada bidang nyanyian sepenuh masa dan meninggalkan kerjaya sebagai pramugara. Sebenarnya saya sudah fikir masak-masak dan jika perancangan berjalan lancar paling lewat saya akan berhenti pada akhir tahun ini," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa syarikat rakaman Indigital Music di Hotel Royal, kelmarin.

Mengakui berat untuk meninggalkan kerjaya di awan biru namun sebetulnya keputusan tersebut sudah lama difikirkan iaitu sejak syarikat penerbangan tersebut mempunyai masalah dalaman. Bagaimanapun keputusan itu dianggap sebagai menyambung kerjaya dalam bidang seni yang pernah ditinggalkan dahulu secara mendadak.

"Sebenarnya saya fikir sudah lama sejak Malaysia Airlines System (MAS) tutup dan memberhentikan ramai pekerja. Saya sangkakan saya akan menjadi antara individu yang akan ditamatkan perkhidmatan.

"Dulu ketika bersama Umbrella perjalanan seni saya terhenti tiba-tiba kerana saya membuat keputusan untuk menjadi pramugara. Jadi, saya mahu sambung balik kerjaya seni yang terhenti dahulu. Tapi keputusan ini mungkin boleh berubah" tuturnya yang kini muncul dengan single terbaharu Jangan Pernah.

Dalam pada itu bercerita pula mengenai bulan Ramadan, Zarul berkata rutin dan jadual kerjanya berjalan seperti biasa. Cuma jika dalam tugas, dia berdepan dengan cabaran tempoh berpuasa yang lama berbanding berada di darat.

“Pengalaman berpuasa semasa bertugas sebenarnya agak mencabar kerana waktu berbuka pun berbeza. Jika di darat sudah masuk waktu berbuka, kami yang berada di dalam kapal terpaksa melewatkan kira-kira 15 minit waktu berbuka. Kadang-kadang kena berpuasa dalam tempoh yang lebih lama.

"Misalnya jika penerbangan ke London, waktu berlepas dari Malaysia adalah pada waktu pagi dan pada masa yang sama di London waktunya masih lagi malam. Jadi, bila sudah sampai di London masih lagi belum boleh berbuka sehinggalah sampai di hotel jam 9 malam baru berbuka.

"Bayangkan sudah lah kita bekerja, berpuasa pula selama 23 jam. Pernah satu ketika saya betul-betul sudah tidak larat dan apabila masuk waktu berbuka saya terpaksa merangkak turun dari katil. Tapi kalau saya betul-betul terlalu letih, saya musafir saja.

“Selain itu, satu lagi pengalaman yang saya tak akan dapat lupakan, apabila saya dan 12 rakan setugas yang lain, berpuasa selama 14 hari dari negara Dubai ke negara Istanbul dan berakhir di pagi raya. Dalam tempoh itu juga kami masak sendiri untuk berbuka puasa dan bersahur bersama-sama,” katanya berkongsi pengalaman.
Powered by Blogger.