F Menangis Lihat Kaabah Depan Mata | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Menangis Lihat Kaabah Depan Mata

Pelakon Scha Al-Yahya mengakui perasaan sebak menyelubungi dirinya sebaik saja dia tiba di  ketika mengerjakan umrah bersama suami dan anaknya, baru-baru ini.


Memetik laporan Harian Metro, Scha berkata, pada awalnya sebelum menjejakan kaki ke sana, dia berasa gementar dan takut namun pengalaman berada di tanah suci Mekah disifatkan sebagai satu pengalaman sangat berharga.

"Sebelum saya ke sana terdetik perasaan takut dan gementar kerana ini pengalaman pertama dan bimbang sekiranya melakukan kesalahan. Alhamdulillah, sepanjang di sana segala urusan ibadah kami dipermudahkan"

"Apa yang penting adalah niat setiap kali nak melakukan rukun umrah itu. Cuma perlu sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan perkara yang dilarang. Apabila melihat Kaabah depan mata, saya menangis"

"Saya tidak sangka dapat menjadi tetamu Allah. Bukan apa, saya sentiasa sedar diri sebagai manusia biasa tidak ada yang sempurna. Pada masa sama tidak terlepas melakukan kesilapan dan dosa”

“Perasaan ketika itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Ia meninggalkan makna berbeza dalam diri.

"Inilah satu-satunya tempat yang sentiasa memberikan ketenangan tanpa mengira waktu,” katanya yang juga merasai pengalaman kali pertama berbuka di tanah suci Mekah.
Powered by Blogger.