F Menakutkan Kerja Dengan Suami Sendiri - Diana Danielle | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Menakutkan Kerja Dengan Suami Sendiri - Diana Danielle

Meskipun berada dalam dunia kerjaya yang sama serta saling memahami akan komitmen dan tanggungawab sebagai seorang pelakon, namun pengalaman berlakon bersama suaminya sendiri iaitu Farid Kamil menerusi drama Sedikit Waktu disifatkan Diana Danielle satu pengalaman yang 'menakutkan'.

Menurut pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson ini, bukan hanya berasa kekok dan segan sepanjang di set penggambaran malah dia merasakan lakonannya tidak menjadi terutama apabila babak yang melibatkan lakonan bersama suaminya itu.

"Sangat 'menakutkan' berkerja dengan dia (Farid), ungkap Diana sambil tertawa sebelum meneruskan bicara.

"Kita semua tahu dia pelakon yang bagus dan sebenarnya saya mula meminati dia sejak lakonannya dalam filem Anak Halal lagi. Bukan hanya dia malah masa tu saya minat Bront Palarae dan Maya Karin. Saya sangat mengagumi lakonan mereka.

"Dan untuk drama ini, kali pertama kami digandingkan bersama. Selama ini memang saya tak pernah lagi bersama dia dalam mood bekerja. Jadi memang ketika pengambaran saya rasa kekok, takut, segan, malu dan rasa macam saya tak pandai berlakon apabila berada di depan dia. Saya nak cuba kongsi idea saya untuk lakonan drama ni pun, saya rasa takut.

"Setiap apa dialog yang dia cakap, tak semena-mena saya rasa sentap (terasa) padahal saya faham itu skrip bahkan saya selalu ingatkan diri saya yang kami sedang bekerja. Tapi saya pula yang terlebih sensitif (gelak)," tuturnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Program-Program Aidilfitri Astro, bertempat di hotel Majestic, pada Isnin lalu.

Dalam pada itu kata Diana, seperkara yang lucu, sewaktu menerima tawaran drama tersebut dia tidak tahu langsung yang dia akan digandingkan dengan Farid begitu juga dengan aktor itu. Bagaimanapun perkara tersebut hanya diketahui mereka pada hari diadakan 'script reading'.

"Sebenar masa terima tawaran ni, saya difahamkan yang saya akan digandingkan dengan Remy Ishak. Pada hari saya mahu keluar untuk sesi script reading, Farid beritahu yang pada hari itu juga dia pun ada kerja di lokasi yang sama dengan lokasi yang saya akan pergi.

"Apabila sampai di lokasi tersebut, saya nampak dia dan ketika itu saya baru tahu kami digandingkan. Saya difahamkan yang dia pun pada mulanya tidak tahu siapa pasangan pelakon wanita dia. Saya terus bertanyakan pada pengarah kenapa dia bukan Remy...?," cerita Diana sambil tersenyum.

Sedikit Waktu merupakan drama istimewa sempena menjelang Aidilfitri yang bakal ditayangkan pada 3 Julai ini di saluran Astro Ria, jam 9.30 malam.

Dalam pada itu bercerita pula mengenai kehidupannya kini, selain sibuk melayan kerenah anak-anaknya yang semakin membesar, Diana juga memperuntukkan masa pada perniagaan kafenya, Born & Bread.

Mengakui semakin seronok berniaga namun begitu dia tidak menafikan berdepan cabaran serta masih banyak lagi ilmu yang harus dipelajari dalam selok belok dunia perniagaan.

"Alhamdulillah, kafe saya dapat sambutan menggalakkan. Sejak ada bisnes, memang pada mulanya rutin saya agak kelam kabut, iyalah dengan menguruskan anak-anak dan keluarga, kafe dan kerjaya. Tapi sekarang semuanya semakin lancar.

"Selain itu saya juga sibuk mempromosikan koleksi baju Melayu kanak-kanak, Che Mad X Diana Danielle di beberapa karnival Raya dan Ramadan.

"Saya rasa seronok pula berniaga walaupun sebenarnya saya tak sangka saya akan ceburi dunia perniagaan. Tapi syukur kerana ini rezeki yang kami usahakan sendiri, " katanya.
Powered by Blogger.