F Masih Dilabel Sebagai Suami Kaki Pukul | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Masih Dilabel Sebagai Suami Kaki Pukul

Pelakon Badrul Muhayat, 48, mengakui sehingga kini dia masih lagi menerima pandangan negatif segelintir masyarakat ekoran pernah dikaitkan dengan tuduhan dia memukul bekas isterinya, Julia Daud pada Mac 2010.

Memetik laporan Utusan, Badrul berkata, dia tidak dapat menyekat persepsi masyarakat terhadap dirinya. Sebaliknya dia perlu harungi semua itu kerana apa yang berlaku dek perbuatan sendiri.

“Kalau mahu menceritakan keadaan ketika itu, sesungguhnya saya tak tahu di mana lagi hendak letak muka ini. Bayangkan, mahu keluar rumah juga saya jadi malu. Sebabnya, saya tahu orang yang bercerita perkara yang sama tetapi mereka tidak tahu apa yang berlaku.

“Ada suatu ketika sampai mahu hantar anak ke tadika juga saya tidak boleh buat. Saya sangat malu! Itu yang berlaku kepada saya,” katanya yang berkahwin pada 19 Mei 2007 sebelum bercerai dengan Julia, tiga tahun kemudian.

Tidak mahu lagi mengingati kejadian lalu, Badrul kini lebih mahu bersyukur dengan kelebihan yang sudah dianugerahkan Allah kepada dirinya.

Walaupun apa yang berlaku itu menjadi detik hitam dalam hidup, dia tidak menolak akan hikmah yang menjadikan dirinya seorang yang berbeza kini.

“Saya berkahwin lewat dan hanya menjadi ayah pada usia 39 tahun. Ketika ini saya sangat bersyukur kerana tanggungjawab sebagai ayah tidak pernah dihalang bekas isteri. Walaupun mereka tidak tinggal bersama saya kini, namun setiap bulan juga kami akan berjumpa.

“Saya dapat merasakan, tanggungjawab sebagai ayah itu menjadikan kita sebagai manusia yang berbeza, berbanding zaman solo. Soal hubungan saya dengan bekas isteri sebenarnya memang tidak ada masalah. Kami masih baik kerana anak-anak,” katanya yang kini menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Badrul mempunyai dua orang caahaya mata, Siti Nur Batrisyia, 9, dan Badrul Hidayat, 6.
Powered by Blogger.