F Marsha tidak sabar untuk hamil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Marsha tidak sabar untuk hamil



Pelakon dan pengacara Marsha Milan Londoh, memberitahu dia sudah tidak sabar untuk hamil hasil perkahwinan dengan suami, Mohamed Shaiful Nizam bin Dato Seri Hj. Mohamed Ismail, 29.

Pernah menerima tanda kecil, Marsha mengakui agak teruja dengan berita itu walaupun ia sekadar harapan palsu. Berikutan itu, Marsha merasa agak tertekan kerana terlalu menginginkannya.

Pasangan ini telah disatukan pada 31 Disember 2015 hanya dengan sekali lafaz di kediaman suaminya, Pulau Pinang.

Menyentuh mengenai ibadah puasa pertamanya sebagai saudara baru Islam, lebih-lebih lagi sebagai seorang isteri, Marsha berkata, sukar diungkapkan perasaan teruja serta gembira kerana dapat berpeluang menjalani ibadah ini buat kali pertama.

Semoga dibulan mulia Ramadan ini, perbanyakkan berdoa agar keinginan Marsha termakbul.
Powered by Blogger.