Berita Terkini
recent

Marsha teringin solat tarawih di masjid

Sebagai seorang saudara baru dalam menjalani kehidupan sebagai muslim iaitu pengacara dan pelakon, Marsha Milan ada menyatakan hasratnya untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid.

Bagaimanapun, keinginan Marsha terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana masih dalam proses belajar.

Pengacara terkenal itu juga memberitahu, walaupun tidak dapat solat tarawih di masjid, Marsha juga sudah beberapa kali melaksanakan solat berjemaah dengan suami dan keluarga di rumah.

Dengan rendah diri, Marsha mengakui gerakan solat dan surah-surah lazim ayat suci Al-quran masih lagi belum mampu untuk diingati.

Untuk rekod, Marsha Milan Londoh selamat diijabkabulkan bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam, 29, pada 31 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sama-sama kita doakan semoga proses belajar Marsha dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar. Amin.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.