F Mark Adam tak halang isteri berlakon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mark Adam tak halang isteri berlakon

Penyanyi dan kini pelakon, Mark Adam memberitahu pada raya ketiga nanti Mark akan muncul dalam sebuah telefilem komedi berjudul Mark Dan Anna arahan Datuk Rosyam Nor. Mark Dan Anna mengisahkan sebuah kisah benar perjalanan Mark ketika baru sampai ke Kuala Lumpur bersama isterinya.

"Raya akan datang jangan lupa saksikan lakonan saya bersama isteri yang akan menceritakan tentang permulaan saya untuk menjadi seorang artis. Pengarahnya mahu jadikan saya sebagai contoh kepada mereka yang mahu bergelar artis.

"Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai kehidupan saya di is stesen radio Sinar FM, selepas itu Rosyam ada berjumpa dengan saya dan menawarkan mengenai telefilem itu. Saya rasa sangat bertuah juga bila Rosyam datang untuk menjadikan cerita saya ke sebuah telefilem," ujarnya teruja.

Diajukan persoalan jika selepas ini isterinya pula mendapat tawaran untuk berlakon, adakah penyanyi mengizinkan? Mark berkata, itu terserah kepada isterinya, Norazah Redzuan.

"Saya tidak menghalang andai selepas ini dia juga mahu berlakon. Kalau dia selesa dan suka, maka saya sebagai suami turut berasa gembira dengan keputusannya. Bagaimanapun jawapan itu perlu  ditanya sendiri dengan pemilik badannya," katanya sambil berseloroh.

Berkongsi mengenai Syawal yang hampir tiba, Mark bercerita Aidilfitri tahun ini lebih banyak memperuntukkan duit raya untuk anak-anak buahnya.

"Hari raya tahun ini saya akan ambil cuti yang agak panjang sebab tahun-tahun sebelum ini saya memang asyik bekerja saja. Jadi inilah peluang untuk saya luangkan masa sebaik-baiknya dengan keluarga sebelah isteri.

"Persiapan raya dah siap, pakaian raya ada dalam empat pasang, ada yang beli dan juga tempah. Saya pastinya akan sedondon dengan isteri. Memandangkan rezeki yang diberikan melimpah pada tahun ini, oleh itu duit raya untuk anak-anak buah saya sediakan lebih sikit," katanya yang akan beraya di Batu Caves, Selayang.
Powered by Blogger.