F Majlis Sambutan Hari Jadi ke-30 Fida Ibrahim Cecah RM100,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Majlis Sambutan Hari Jadi ke-30 Fida Ibrahim Cecah RM100,000

Menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-30 baru-baru ini, Fida Ibrahim menerima seutas jam tangan Rolex itu berharga lebih RM40,000 dan kek hari jadinya pula bernilai RM10,000.

Jam tangan dan kek itu merupakan hadiah daripada rakan-rakan perniagaannya yang menganjurkan majlis sambutan ulang tahun tersebut.

"Nilai kek RM50,000 itu termasuk harga jam yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya.

"Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob itu juga agak mahal dan eksklusif," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Dalam pada itu Fida berkata, sambutan besar-besaran pada ulang tahun kelahirannya itu dibuat tanpa pengetahuannya.

"Saya sendiri tidak tahu mereka buat kejutan tersebut kerana pada asalnya saya diberitahu untuk menghadiri majlis pertunjukkan fesyen sahaja.

"Hampir 100 orang tetamu termasuk rakan-rakan artis dijemput memeriahkan majlis itu. Mereka juga hadiahkan saya dengan persembahan daripada kumpulan muzik kegemaran saya iaitu 6ixth Sense," ujarnya.

Dalam pada itu, Fida berkata, majlis bernilai hampir RM100,000 itu dianjurkan semata-mata untuk meraikan dan menghargai penat lelahnya dalam bidang perniagaan.

"Pada asalnya saya agak terkejut dan marah apabila mereka beritahu majlis tersebut cecah RM100,000 tapi bila mereka jelaskan tujuan sebenarnya saya terpaksa akur.

"Mereka hanya mahu saya gembira pada hari jadi ke 30 ini setelah penat bekerja menguruskan perniagaan," ujarnya yang kini sibuk dengan bisnes kosmetiknya, Rsecrets.

Dia juga akan membuka sebuah kilang kosmetiknya sendiri di Melaka, tidak lama lagi.
Powered by Blogger.