F MAJLIS NIKAH: HAZAMA TIDAK MAHU MEMBAZIR | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

MAJLIS NIKAH: HAZAMA TIDAK MAHU MEMBAZIR

Penyanyi Hazama telah pun mengumumkan bahawa dia akan berkahwin selepas hari raya kelak.  Bercerita mengenai majlis tersebut, majlis itu bukanlah betul-betul akan dibuat dalam musim raya.

“Sebenarnya belum ada lagi kata putus untuk menetapkan tarikh dan lokasi yang sesuai. Bagaimanapun, pihak keluarga kami ada berbincang mengenai hal itu. Namun yang pastinya kami akan melangsungkan secara sederhana kerana tidak mahu membazir. Bagi saya lebih baik dahulukan yang wajib dan akan dihadiri oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.

“Jadi, tentang kahwin ini saya dan pasangan akan fikirkan selepas hari raya. Kalau diikutkan di media sosial sudah tersebar luas menyatakan saya akan berkahwin lepas raya, tidak begitu, yang sebenarnya kami akan fikirkan selepas hari raya. Namun saya tidak menyalahkan mereka kerana menulis macam itu, kami anggap ia sebagai positif dan harap ia termakbul,” jelas Hazama ketika ditemui pada sesi agihan bubur lambuk anjuran INTEKMA Resort bertempat di SACC Mall, baru-baru ini.

Bercerita tentang kekasihnya itu dan bulan puasa, Hazama memberitahu kekasihnya itu tidak ada masalah untuk berpuasa kerana pernah berpuasa sebelum ini.

“Rasanya kekasih saya tak ada masalah sebab dia ada ramai kawan yang beragama Islam dan pernah cuba untuk berpuasa. Bagi saya biar dia fikirkan sendiri, saya jenis tak suka nak memaksa orang,” katanya ringkas.

Sementara itu, MH Online ada juga bertanyakan apakah perbezaannya ketika mengunjungi bazar puasa sebagai seorang selebriti dan sebelum menjadi selebriti.

“Kalau sebelum menjadi artis saya akui lebih selesalah kan, kita nak pergi ke mana sahaja tak ada orang yang kenal. Bila sudah jadi artis dan orang kenal, masa untuk mencari juadah untuk berbuka puasa menjadi lebih terhad, sebab ada yang mahu bergambar dan lain-lain lagi. Jadi bila peminat nak bergambar saya tak boleh nak elak,” katanya.
Powered by Blogger.