F Majlis Kahwin Miley, Liam di Pantai Australia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Majlis Kahwin Miley, Liam di Pantai Australia

Pasangan selebriti Miley Cyrus, 23, dan Liam Hemsworth, 28, dikatakan bakal melangsungkan ikatan perkahwinan di sebuah pantai di Australia.

“Mereka akan mengadakan majlis itu di pantai. Ibu bapa mereka yang banyak membantu menguruskan majlis itu. Semuanya seperti dipermudahkan,” ujar seorang sumber kepada Us Weekly seperti yang dilaporkan portal Femalefirst.com.

Tiada tarikh rasmi diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan bakal berkahwin sebelum berakhirnya musim sejuk di Australia.

Pasangan itu mula menjalin hubungan semula Mac lalu selepas pernah dilaporkan berpisah pada September 2013.
Powered by Blogger.