F Maaf Kim Tae Hee... Ada Yang Lagi Penting Dalam Hidup Rain | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maaf Kim Tae Hee... Ada Yang Lagi Penting Dalam Hidup Rain

Bintang terkenal bertaraf antarabangsa yang baru saja mengadakan konsert di Malaysia, Rain, mengakui bahawa paling berharga dalam hidupnya adalah keluarganya berbading dua lagi perkara.

"Perkara yang paling penting dalam hidup saya ialah keluarga saya dan kedua, teman wanita saya (merujuk kepada aktres cantik Kim Tae Hee dan umum mengetahui mereka berdua telah menjalinkan hubungan sejak tahun 2013.

"Dan yang ketiga adalah agensi saya", tambahnya.

Rain berkata demikian ketika menjayakan konsert jelajahnya, Rain The Squall Tour 2016 in Macau, baru-baru ini.

Dalam pada itu penghibur berusia 33 tahun ini berkata, dia kini dalam proses menyiapkan album terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Dia juga akan sibuk dengan penggambaran filem dan drama. Kali terakhir, Rain muncul menerusi drama Please Comeback, Mister yang ditayangkan pada Februari lalu.
Powered by Blogger.