F Luqman Hafidz tak sabar nak bagi duit raya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Luqman Hafidz tak sabar nak bagi duit raya

Pelakon popular menerusi filem Ola Bola, Luqman Hafidz memberitahu bahawa dia begitu teruja untuk memberikan duit raya kepada anak buahnya buat kali pertama.

Pada masa yang sama juga tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang.

"Raya mungkin di Kuala Lipis.  Saya tak sabar nak bagi duit raya dekat anak buah buat kali pertama sebab sebelum ini saya masih belajar. Selain itu juga, saya suka dengan suasana hari raya pertama kerana nenek dan mak akan masak," ujarnya.

Bercerita tentang persiapan pula, Luqman lebih selesa untuk tidak berbelanja banyak.
 
"Persiapan raya ini sudah tentunya saya akan utamakan baju raya, tetapi lebih teruja memikirkan makanan lazat yang bakal disajikan. Baju raya beli sahaja, tak banyak hanya sepasang sahaja," jelas Luqman.

Bakal menyambut Syawal buat kali pertama sebagai selebriti, Luqman berkata, andai ada kelapangan masanya dia akan mengadakan rumah terbuka bersama peminatnya.

"InsyaAllah andai diberikan masa dan berkesempatan," katanya ringkas.
Powered by Blogger.