F Liyana Jasmay Ke Los Angeles Rakam Muzik Video Raya Ke 5 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Liyana Jasmay Ke Los Angeles Rakam Muzik Video Raya Ke 5



Bagi pelakon Liyana Jasmay, dia agak sibuk dengan urusan bisnes dan rakaman single terbarunya sepanjang Ramadan ini.

“Bulan puasa ini saya agak sibuk dengan bisnes sendiri di mana saya akan menjual pelbagai jenis pakaian serendah RM50 sahaja bertempat di butik, Mermaid Store yang terletak di Starparc Point, Setapak.

“Kalau penggambaran saya sudah habis sebelum tiba Ramadan lagi, jadi dalam bulan puasa ini memang tak ada, cuma saya akan pergi ke Singapura untuk rakam single terbaru pada hujung minggu ini sebab komposer tak dapat nak turun. Pada masa yang sama, saya juga akan mengadakan jualan pakaian jenama saya di sana,” ujarnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya.

Berkongsi mengenai persiapan raya pula, Liyana berkata, pakaian raya untuk anak-anak tahun ini dia lebih selesa membeli pakaian yang sudah siap berbanding tempah. Ini kerana ia lebih menjimatkan dan tidak membazir.

“Persiapan raya saya akan pakai baju raya jenama sendiri dan untuk anak-anak pula saya hanya akan beli yang sudah siap. Bukan tak nak tempah, tapi pernahlah berlaku saiz baju ada yang besar dan ada yang kecil. Jadi tak seronoklah bila saiz baju dah tak padan di badan, malah pakai pun jadi sekejap saja. Jadi tak adalah unsur membazir.

“Pada hari raya pertama sudah tentu saya akan berada di rumah mak mentua saya di Kemensah, Kuala Lumpur, dan raya kedua pula kami akan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tetapi saya tidak akan beraya lama di Malaysia sebabnya pada raya ke lima saya akan pergi ke Los Angeles untuk rakaman muzik video,” katanya.

Diajukan persoalan adakah Liyana tidak keberatan untuk meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil, ini jawapannya;

“Saya tak ada masalah untuk itu sebab mak saya ada, tambah pula memang ada pembantu di rumah untuk jagakan anak-anak. Sebelum ini pun pernah juga tinggalkan anak pertama, Sofea masa itu berusia empat bulan. Sekarang ini Selena pula saya tinggalkan, tapi tak jadi masalah juga kerana sudah mula menyusu botol,” terangnya.
Powered by Blogger.