F Linda Onn tamat kontrak dengan Suria fm bakal umum perancangan seterusnya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Linda Onn tamat kontrak dengan Suria fm bakal umum perancangan seterusnya

Kakigosip difahamkan pengacara dan penyampai radio, Linda Onn atau nama penuhnya Rozlindah Onn telah pun tamat kontrak sebagai penyampai radio di Suria FM, semalam.

"Kontrak tidak diperbaharui dan saya tiada dalam perancangan mereka," ujarnya ketika dihubungi pagi tadi.

Jelas Linda Onn, dia sudah pun mempunyai perancangan seterusnya dan akan memaklumkan apabila sudah bersedia.

"Setakat ini belum ada perancangan untuk ke stesen radio lain lagi. InsyaAllah ada rezeki dan tawaran di tempat lain saya akan ke udara lagi. Tapi dalam masa yang sama saya sudah ada perancangan sesuatu untuk meneruskan minat saya dalam dunia radio. Kalau menjadi nanti akan diberitahu ya.

Sementara itu, Linda yang sudah bertugas selama enam tahun turut sudi berkongsi dengan MH Online dengan pengalamannya selama dia bertugas dengan stesen radio berkenaan.

"Perasaannya bercampur, sedih sebab meninggalkan keluarga di sana kerana sayang sangat dengan mereka. Tambah pula, kami sangat mesra. Pada masa yang sama perasaan ini berkobar-kobar untuk memulakan langkah baru. Ini adalah periuk nasi saya dan langkah saya dalam dunia penyiaran takkan berhenti di sini, insyaAllah.

"Antara pengalaman menariknya sewaktu mula-mula masuk Suria FM, pendengarnya lebih kurang hanya 700 ribu tetapi alhamdulillah selepas saya sertai dengan kerjasama team yang ada nilai kekeluargaan yang tinggi, pendengar stesen berjaya mencecah 2.3 juta. Dari kaji selidik segmen saya pun tiada penurunan dan masih kekal lebih 1 juta hingga kini.

"Lebih menarik lagi bila saya tahu ada yang menjadi pengikut tegar saya sejak di awal pembabitan sebagai penyampai radio lagi. Jadi saya bersyukur walaupun tidak sambung kerja di sana tetapi sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan kadar pendengar Suria FM. Itulah kepuasan bagi seorang penyampai radio," tambah Linda yang juga pernah bertugas di Sinar FM dan Era FM sebelum ini.
Powered by Blogger.