F Letupan Bom di Istanbul: Hrithik Roshan Nyaris Maut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Letupan Bom di Istanbul: Hrithik Roshan Nyaris Maut

Insiden Letupan bom yang berlaku di bandar Istanbul, Turki pada 29 Jun lalu telah menggemparkan seluruh masyarakat dunia.

Laporan media menyebut, serangan bom berani mati itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pengganas dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 36 orang maut dan 150 orang lagi cedera.

Pelakon Hrithik Roshan, 42, yang dalam perjalanan pulang dari Madrid, Sepanyol selepas menghadiri acara IIFA 2016 dilaporkan nyaris menjadi salah seorang mangsa korban serangan berdarah itu kerana pesawat yang dinaikinya singgah di Lapangan Terbang Ataturk pada malam kejadian letupan bom berkenaan.

Menurut sumber, bintang terkenal Bollywood itu dijadualkan meneruskan perjalanan pulang pada hari yang sama. Namun malanganya, Hrithik dan dua anaknya ketinggalan pesawat yang sepatutnya membawa mereka ke India. Sementara penerbangan seterusnya yang paling awal tidak lagi mempunyai kekosongan untuk tempat duduk kelas utama.

Tidak mahu menunggu keesokan hari, Hrithik memutuskan untuk membeli tiket kelas ekonomi. Dan hanya selang beberapa jam saja selepas penerbangan Hrithik berlepas ke India, serangan bom itu berlaku di Istanbul.

Sebaik saja mendarat di Mumbai dan tatkala mendengar khabar serangan pengganas di Istanbul, Hrithik terus memuat naik status di akaun Twitter mengesahkan dirinya selamat.

Dia turut menyampaikan rasa duka cita dan doa atas musibah yang menimpa Turki sekaligus bersyukur kerana membuat keputusan untuk terbang pulang dengan pesawat yang sedia ada, tanpa menunggu penerbangan untuk tempat duduk kelas utama yang hanya dijadualkan pada keesokan harinya.
Powered by Blogger.