F "Lebih jimat tempah baju raya satu keluarga" - Haniff era fm | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Lebih jimat tempah baju raya satu keluarga" - Haniff era fm

Pengacara dan penyampai radio Era FM, Haniff bin Hamzah  memberitahu kepada MH Online bahawa menjelang hari raya, dia lebih utamakan kepada perancangan kewangan.

"Di saat-saat akhir macam ini, kami tempah baju satu keluarga, jadi dapatlah murah,” katanya.

Jelas Haniff yang lebih selesa untuk menempah baju buat ahli keluarganya kerana lebih jimat berbanding beli asing-asing.
 
Dalam pada itu, Haniff juga memberitahu, pada tahun ini dia akan pulang beraya di kampung isteri, Wan Nor Katherina Wan Mohammad.

"Saya akan beraya di kampung isteri iaitu di Jerteh, daerah Besut, Terengganu. Sehari sebelum raya lepas JoHaRa terus gerak. Balik Kuala Lumpur pada hari raya keempat. Tak lama sebab kerja dan mak mentua memang niat nak datang ke Kuala Lumpur juga.

"Fasal Kuih raya kami selalu cuba cari yang lain dari kebiasaan,"jelas Haniff.

Menariknya, bapa kepada dua orang anak itu menambah, dia juga terbuka untuk bermain bunga api bersama anak-anaknya, namun bukan bermain mercun kerana merbahaya.

"Mercun tak boleh, tapi kalau bunga api ok sangat dan akan beli banyak serta boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Jadi kalau beraya ke mana-mana kami akan main bunga api. Mercun tak bagi sebab bahaya dan menyalahi undang-undang walaupun masa kanak-kanak dulu tak pernah fikir kesannya," terang Haniff.
Powered by Blogger.