F Kurang Berlakon Bukan Kerana 'Dicantas' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kurang Berlakon Bukan Kerana 'Dicantas'

Aktres Elfira Loy menyangkal tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan kerjaya seninya semakin pudar sejak akhir-akhir ini kerana 'dicantas' dek kehadiran artis-artis baharu.

Memetik laporan mStar online, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 22, berkata, dia mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti lakonannya kerana ingin memberi tumpuan terhadap bidang pengacaraan.

"Saya masih lagi menerima banyak tawaran untuk berlakon cuma buat masa sekarang saya lebih cendorong untuk mengacara dan memberi fokus kepada perniagaan kafe yang dijalankan.

"Sudah 10 tahun saya berlakon jadi biarlah saya melakukan sesuatu perkara yang baru agar dapat memberi pengalaman serta cabaran yang baru dalam hidup saya," katanya.

Tambah Elfira, sejak setahun yang lalu dia sudah mengurangkan aktiviti lakonannya dan memberi fokus kepada perniagaan.

Bagaimanapun kata Elfira, dia juga bimbang jika peminat melupakannya sebagai pelakon kerana ketika ini ramai pelapis pelakon baru yang semakin menonjol.
Powered by Blogger.