F Kira Detik Kematian, Demi Lovato Rasa Dirinya Akan Mati Muda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kira Detik Kematian, Demi Lovato Rasa Dirinya Akan Mati Muda

Demi Lovato mengaku pernah merasai bahawa hidupnya akan berakhir di usia muda. Justeru sejak itu pelantun lagu Stone Cold ini mula mengira detik hidupnya kerana berfikir bahawa dia akan mati di usia 21 tahun.

"Saya merasa hidup saya berlalu dengan pantas. Saya juga merasa akan mati muda. Saya merasa usia saya tak akan mencapai 21 tahun," tuturnyaseperti yang dilaporkan E! online.

Terdahulu, bintang Pop ini pernah mengalami masalah ketangihan dadah dan alkohol Pada 2010, Demi dimasukkan ke pusat pemulihan (rehab) kerana keadaannya semakin teruk gara-gara mengalami gangguan bipolar dan bulimia.

Pada Januari 2013, Demi disahkan bebas alkohol. Kepercayaan diri penyanyi berusia 23 tahun ini kembali meningkat dan berjaya melawan penyakit menghadapi bulimia yang sudah lama dihidapinya. Dia kini menjadi inspirasi kepada sebilangan peminatnya

"Ketika saya mengadakan acara meet-and-greet, saya tak sangka ramai yang menunjukkan kesan-kesan luka pada tangan mereka dan mereka berkata kepada saya, "Kamu telah membantuku menghadapi semua ini. Karena kamu, saya berhenti menyakiti diri saya sendiri.'

Ada juga yang berkata, 'Saya sudah tidak minum arak lagi.' Mendengar bmereka berakat begitu membuat saya merasa hidup saya lebih berarti," tuturnya.
Powered by Blogger.