F KHAI BAHAR SAMBUT PUASA TANPA KELUARGA | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

KHAI BAHAR SAMBUT PUASA TANPA KELUARGA

Seperti orang lain, menyambut dan berbuka puasa pada hari pertama bersama-sama orang tersayang seperti keluarga dan sanak saudara merupakan saat yang sangat dinantikan. Namun, perasaan sedih dan bercampur, penyanyi, Khai Bahar memberitahu kepada MH Online bahawa puasa pada tahun ini dia tidak dapat pulang di kediaman kampung halamannya yang terletak di Perlis, berikutan jadual yang sibuk di Kuala Lumpur.

“Kebiasaannya puasa hari pertama saya akan berbuka bersama-sama keluarga, namun tidak pada tahun ini kerana mempunyai kerja yang padat. Jadi puasa pertama saya sambut seorang diri, perasaan tak dapat balik berbuka puasa di kampung memanglah agak sedih.

“Saya tidaklah keseroangan berbuka puasa di kota raya ini, cuma dengan rakan-rakan terdekat sajalah. Inysa-Allah andai ada rezeki lebih dan kesempatan waktu saya akan buat iftar bersama peminat. Puasa tahun ini sebenarnya saya menantikan masa untuk balik ke kampung halaman supaya dapat berbuka puasa bersama keluarga tercinta,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, seperti artis-artis lain yang akan memperlahankan karier mereka ketika di dalam bulan puasa ini, lain pula artis kita seorang ini. Khai puasa tahun ini tetap gigih bekerja demi untuk menyiapkan single pertamanya.

“Karier dalam bulan puasa ini lain sikit berbanding puasa tahun-tahun lepas, sebab saya nak siapkan single yang akan di releasekan selepas hari raya nanti selain menerima beberapa undangan nyanyian, Insya-Allah,” katanya ringkas.
Powered by Blogger.