F Khai Bahar bantu mak di malam raya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Khai Bahar bantu mak di malam raya

Terdahulu penyanyi Khai Bahar ada menyatakan kesedihannya kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibu dan ayahnya, namun kesedihan itu bakal terubat kerana Khai dalam masa terdekat ini akan pulang ke desa tercinta untuk berhari raya.

"Alhamdulillah dapat juga pulang ke kampung tak lama lagi selepas selesai memenuhi undangan berbuka puasa. Persiapan raya saya biasa-biasa saja, baju raya istimewa pun satu sahaja. Saya akan pakai jubah berwarna merah hati.

"Setiap kali raya kenangan paling tidak dapat saya lupakan, masa zaman kanak-kanak dapat main bunga api dengan jumlah kuantiti yang banyak. Ketika itu umur saya baru 11 tahun.

"Aktiviti raya macam biasa, rasanya sama saja tradisi selepas solat sunat Aidilfitri kami akan bersalaman, kemudian tunggu kawan-kawan datang. Selepas itu barulah saya akan menziarahi rumah kawan-kawan pula," ujarnya ketika dihubungi semalam.
 
Tambah Khai lagi, dia sangat merindui suasana malam raya di kampungnya kerana meriah dan dapat berjumpa dengan anak buahnya.

"Tak ada rancangan pun nak tukar perabot atau apa, tapi yang pasti mestilah membersihkan rumah.

"Suasana malam raya di kampung sangat menyeronokkan sebab anak buah semua ada datang. Selain itu, malam raya saya akan bantu mak buat kuih karas, kacau rendang. Bila dah habis bantu mak barulah saya keluar merayau dengan kawan-kawan," jelas Khai sambil ketawa.

Diusik pula apakah perangai Khai ketika beraya di rumah kawan-kawannya, ini jawapannya;

"Bila pergi rumah orang saya suka tengok kuih-kuih dan kalau ada kuih yang saya suka saya akan terus sambar," katanya ringkas.
Powered by Blogger.