F Kerap 'Dibuli Haters', Demi Lovato Nyaris Tutup Instagram, Twitter | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kerap 'Dibuli Haters', Demi Lovato Nyaris Tutup Instagram, Twitter

Dek kerana seringkali menerima kritikan pedas daripada segelintir pihak, penyanyi Demi Lovato memutuskan untuk meninggalkan dunia media sosial seperti Twitter dan Instagram.

Hal tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitternya baru-baru ini. Pelantun lagu hits Stone Cold itu mengaku lebih suka menggunakan aplikasi Snapchat.

"Saya suka Snapchat kerana saya tidak perlu membaca apa yang ingin anda katakan pada saya. Kenapa orang-orang peduli pada apa yang saya katakan? Kalau anda tidak peduli, jangan dibaca.

"Dan kepada orang-orang bertanya-tanya apa yang sudah terjadi di dunia ini? Sebaiknya anda sehausnya lebih memperhatikan hal-hal yang baik daripada hal-hal yang buruk," - itu luahan yang ditulisnya pada Isnin lalu.

Namun sehari selepas menulis status tersebut, Lovato kembali menggunakan Twitter-nya. Kali ini, katanya dia kembali ke Twitter demi para peminat yang dikenali sebagai, Lovatics.

"Saya kembali. Dan saya akan menjadi lebih jujur dari sebelumnya. Saya sangat mencintai Lovatics. Saya sangat mencintai Lovatics tapi saya meninggalkan mereka demi menghindari haters," tulisnya.

Setakat ini Lovato mempunyai sebanyak 36.7 juta pengikut dan 40.9 juta pengikut di Instagram.

Sebelum ini bintang yang pernah popular menerusi drama remaja, Camp Rock ini dikatakan pernah mempunyai masalah kesihatan kerana terlalu tertekan dengan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya menerusi media sosial.
Powered by Blogger.