F 'Kenyataan Nizar biadab' tegas Hishammuddin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Kenyataan Nizar biadab' tegas Hishammuddin

'Biadab'. Itu reaksi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Hishammuddin berkata, beliau tidak menyangka Nizar tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, hanya  semata-mata sebab politik.

"Saya tengok kalau ayat-ayat begitu diluahkan dalam keadaan sebegini, saya tengok memang, biadablah.

"Sebab saya kenal Datuk Wan Khair-il secara rapat, saya kenal isterinya, saya kenal anak-anaknya," kata Hishammuddin ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nizar, selepas melawat bazar Ramadan Taman Berkat, di sini hari ini.

Semalam, sewaktu berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Mohammad Nizar dipetik dalam media sosial yang berkata "ALLAH mahu orang Kuala Kangsar 'mengajar' (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar".

Ketika berucap pada ceramah itu, Mohammad Nizar berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini, ALLAH memilih supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar.

"Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi Menteri Besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009," katanya dipetik berkata menerusi laporan sebuah portal berita.

Beliau seterusnya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya kini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah "merampas" kerajaan Pakatan pimpinannya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata berdasarkan keperibadian Nizar, memang sukar untuk membendung beliau daripada mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Justeru, Hishammuddin menyeru pihak lain agar tidak terikut-ikut dengan kenyataan Mohammad Nizar itu yang sama sekali tidak memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Khair-il.
Powered by Blogger.