F Kenapa Rafizi ‘sembunyi’ isteri? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kenapa Rafizi ‘sembunyi’ isteri?

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan beliau mengasingkan keluarga dari kerjanya bagi mengelakkan isteri mahupun anak-anaknya menjadi senjata musuh-musuh politiknya.

Melalui kemas kini status di Facebook, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan memberitahu perkara itu sebagai rahsianya bertahan dengan pelbagai cacian dan makian yang dihadapi setiap hari bukan sahaja daripada penyokong parti kerajaan malah daripada parti pembangkang sendiri.

“Saya tidak pernah bawa isteri atau anak ke program politik atau khalayak ramai kerana pernah sekali kami diambil gambar bersama, gambar itu dijadikan bahan oleh blog-blog membuat cerita bahawa isteri saya minta cerai kerana saya lebih suka kepada lelaki serta saya tidak ada nafsu terhadap isteri saya.

“Sejak dari itu (tahun 2012), saya jarang muncul bersama dengan isteri di majlis. Saya mula faham ketika itu bahawa musuh politik saya akan kata perkara yang terkeji hanya untuk melemahkan semangat saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana sejak kebelakangan ini beliau berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga termasuk ibu bapanya.

“Insya-ALLAH apabila segala-galanya meninggalkan kita di dunia ini, mereka akan sentiasa di sisi kita jadi luangkanlah masa bersama mereka.Ajal itu di tangan ALLAH SWT kita tidak tahu lama mana kita akan hidup sebelum meninggalkan orang yang tersayang.

“Sebab itu tidak kira bagaimana sibuknya kita atau kita rasa pentingnya kita, jangan abaikan keluarga. Masa memang tidak pernah cukup maka kita kena belajar peruntukkan masa untuk mereka,” katanya.

Rafizi turut memberitahu akan tiba satu hari nanti di mana beliau bakal ‘berehat’ dari dunia politik dan menjadi rakyat biasa.

“Kami juga mahu menjalani hidup sebagai keluarga biasa kerana saya tidak lihat politik sebagai sesuatu yang berbaloi diceburi lama.

“Saya ambil pendekatan sebagai seorang rakyat menjadi kewajipan saya lakukan apa yang terdaya kini agar saya terlepas daripada amanah. Tiba masanya saya akan kembali sebagai rakyat biasa dan wajarlah orang lain pula mengambil tempat itu,” katanya.
Powered by Blogger.