F Kemeja 'Berdarah' John Lennon Dilelong Dengan Harga USD41,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kemeja 'Berdarah' John Lennon Dilelong Dengan Harga USD41,000

Sehelai kemeja yang masih mempunyai kesan darah mendiang lagenda John Lennon telah berjaya dilelong pada 25 Jun lalu dengan harga USD41,000 .

Kemeja tersebut dipakai oleh Jay Hasting, seorang petugas  di Upper West Side, di New York iaitu merupakan lokasi di mana pengasas kumpulan The Beatles itu ditembak mati oleh seorang peminat dikenali sebagai Mark Chapman. Kejadian tragis tersebut berlaku sekitar tahun 1980.

Memetik laporan Mirror, ketika insiden tersebut terjadi, Jay adalah salah seorang saksi pertama yang menyambut tubuh John sebelum pemuzik itu rebah. Akibat tembakan tersebut, darah lennon memercik pada baju kemeja lelaki berkenaan

"Selama ini Jay Hastings masih menyimpan baju tersebut dan dia tidak pernah memperkatakan tentang perkara itu. Bertahun-tahun baju itu disimpan kemas di dalam laci dan kini dia Jay semakin tua dan dia merasakan sudah tiba masanya untuk menjual baju itu," kata Garry Shrum iaitu wakil dari Lelong Warisan di Park Avenue off East 57th Street.

"Terdapat kesan tompokaan darah pada baju itu. Sesetengah orang mungkin akan terkejut tetapi ia adalah sekeping sejarah.

"Kami telah bertanya kepada diri sendiri, 'Adakah ini ketelaluan atau salah untuk kami menjualnya?' Tetapi saya tidak fikir begitu.

"Dia (Hastings) tidak mengeksploitasi kematian John Lennon. Sebaliknya dia bagaimana dia cuba untuk membantu Lennon di minit-minit terakhir hidupnya, "kata Shrum.

Pada malam kejadian, Lennon dan isterinya, Yoko Ono pulang selepas menjalani sesi fotografi majalah Rolling Stone dan temubual sebuah radio.

Ketika sedang berjalan keluar daripada banggunan tersebut menuju ke arah limosinnya, Chapman menembaknya dua kali di belakang dan dua kali di bahu.

Lennon sempat berkata "Saya ditembak," sebelum rebah. Hastings yang menyaksikan kejadian itu pantas berlari ke arah Lennon dan menekup dada pemizik itu dengan jaket pakaian seragamnya sebelum memanggil polis.

Dua anggota polis bergegas membawa Lennon ke Hospital Roosevelt dan beliau disahkan meninggal dunia.

Powered by Blogger.