F Kehadiran Hadi berjaya tarik pengundi Cina, India | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kehadiran Hadi berjaya tarik pengundi Cina, India

Kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menarik kira-kira 300 kaum Cina dan India di Parlimen Sungai Besar pada Program Jamuan Rakyat di Dewan Bagan Sungai Besar, di sini, lewat petang tadi.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd Razali Saari berkata, kehadiran pengundi bukan Islam itu dianggap sebagai luar biasa dalam keadaan Pas tidak menyertai Pakatan Harapan.

Katanya, populariti dan personaliti yang ada pada Abdul Hadi menyebabkan pengundi Tiong Hua dan India yakin terhadap Pas yang dilihat  bukan saja memberi tumpuan terhadap penganut agama Islam malah turut mampu membela nasib semua kaum di negara ini.

"Kami tak sangka, kaum bukan Islam  menerima baik Pas dan kami yakin mereka dapat berikan sokongan kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar," katanya.

Beliau berkata, program itu anjuran Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Lajnah Perpaduan Nasional dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.
Powered by Blogger.