F Kareena Didakwa Berbadan Dua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kareena Didakwa Berbadan Dua

Sejak kebelakangan ini, tersebar berita mengatakan aktres cantik, Kareena Kapoor kini sedang hamil empat bulan.

Gosip tersebut mula menjadi buah mulut peminatnya apabila aktres itu tidak lagi terlibat dengan penggambaran filem selepas kali terakhir muncul menerusi filem Ki & Ka.

Malah, pelakon Kabhi Kushi Kabhi Gham itu didakwa berjumpa pakar sakit puan ketika bercuti di London baru-baru ini bersama suaminya, Saif Ali Khan.

Bapa pelakon itu, Ranbir Kapoor ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut nyata terkejut tetapi mengakui gembira andai itu menjadi kenyataan.

“Mereka (Kareena dan Saif) belum memberitahu apa-apa kepada saya, jadi saya pun tiada komen tetapi saya berharap perkara itu betul kerana sudah tiba masanya mereka mempunyai anak,” katanya.

Jika benar Kareena sedang hamil, itu merupakan anak pertamanya bersama Saif sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2012.
Powered by Blogger.