F ‘Kami bukan pengkhianat parti’ | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

‘Kami bukan pengkhianat parti’

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan bahawa dakwaan yang mengaitkan beliau bersama bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat parti adalah tidak benar.

Menurut Mukhriz, beliau dan Muhyiddin tidak pernah melanggar perjuangan parti dan hanya menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan penyelewengan dilakukannya berdasarkan bukti yang boleh diterima.

"Dakwaan oleh Majlis Tertinggi (MT) yang mengatakan kami bersekongkol dengan pembangkang untuk hatuhkan Umno, BN dan kerajaan.

"Kami dah nyatakan pendiri sebelum ini yang Najib perlu turun dan jika itu berlaku pun, BN serta Umno masih tetap berkuasa," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya hari ini.

Selain itu, Mukhriz turut mempersoalkan MT Umno berikutan tidak menjatuhkan sebarang hukuman kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini turut membuat undi tidak percaya sebelum ini.

Mukhriz berkata, tindakan Ahmad Said tersebut lebih serius kerana mampu menggugat kedudukan BN di Terengganu.

"Namun kenapa mereka lebih utamakan untuk ambil tindakan terhadap saya dulu sedangkan Terengganu hanya berbeza dua kerusi dengan pembangkang berbanding di Kedah.

"Kalau saya benar ingin khianat BN, waktu saat-saat akhir saya sebagai Menteri Besar, saya punyai satu lagi pilihan iaitu untuk bubar Dun,"katanya.

Kelmarin, MT Umno memutuskan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.
Powered by Blogger.