F Kalau Tayang Tak Jadilah Hal Peribadi - Bront Palarae | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kalau Tayang Tak Jadilah Hal Peribadi - Bront Palarae

Pelakon Bront Palarae, 38, mengakui setiap kali menerima pertanyaan peminat di ruangan komen laman sosial terutamnya mengenai perihal peribadi, adakalanya dia akan memberi maklum balas dan adakalanya lebih selesa untuk membiarkan sahaja mereka berteka-teki.

“Orang nak tahu saya ini sudah kahwin atau belum. Ada yang fikir belum sedangkan saya sebenarnya sudah pun beristeri. Namun ada sebab mengapa orang panggil itu sebagai hal peribadi. Untuk disimpan sendiri. Kalau saya tayang kepada umum, tak jadi hal peribadilah lagi.

“Tak adalah setiap kali bila ditanya, saya nak jawab terutama di laman sosial. Tetapi secara umumnya saya ada sesekali akan menjawab persoalan mereka dengan cara saya sendiri.Ada benda yang saya tunjuk tetapi ikut kesesuaian keadaan. Tak adalah saya nak jawab kesemuanya sekali,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan online.

Dalam pada itu, kongsi Bront, dia bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami kerana dia sedar tidak ramai yang memahami tugas dan kerjaya seorang aktor seperti dirinya.

Mengaku bukanlah mahu terus-menerus bersembunyi dan kekal berahsia, kata Bront, ada ketika dia juga bersikap spontan apabila berada di khalayak ramai bersama-sama isteri dan keluarganya.

“Kami pun tak mahulah terlampau sangat nak berjaga-jaga atau berhati-hati sekarang. Kadangkala ada saja kami buat selamba depan orang. Tak macam mula-mula dulu, berjalan pun dalam jarak yang jauh.

“Tapi saya hairan juga, ada kalangan peminat yang tahu saya kahwin, masih juga saya terima komen-komen yang agak mengundang sensitiviti. Ada antaranya datang daripada wanita bertudung.

“Bagaimanapun saya anggap itu sebagai sifat dan kerenah peminat. Tapi saya akui segan juga terima komen yang bukan-bukan. Mujurlah isteri saya ini memahami,” katanya.

Bront kini sudah bergelar bapa kepada cahayamata pertamanya yang kini berusia dua bulan.
Powered by Blogger.